Profile Nurul Shukor
Visi Nurul Shukor Touch adalah terbaik, profesional dan kualiti
Nurul Shukor adalah salah seorang makeup artis yang berbakat dan terkenal di Malaysia kala ini dan telah berkecimpung dalam bidang ini hampir dua dekad. Beliau telah aktif sebagai jurusolek beberapa tahun lepas untuk majalah, pertunjukan fesyen, konsert dan video muzik. Kini kejayaannya telah membawanya ke merata dunia termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, England dan Amerika Syarikat.
Sebagai jurusolek profesional, adalah menjadi satu kebanggaan apabila pelanggannya berpuashati dengan khidmatnya. Beliau percaya kejayaan seseorang itu datangnya dari hasil kesungguhan, disiplin, kesabaran dan tumpuan pada individu itu sendiri.
"TO SEE BEAUTY IN THINGS & TO SEE THINGS BEAUTIFULLY"
Semua orang sebaik mungkin ingin kelihatan cantik, oleh itu Nurul Shukor cuba memberi keyakinan kepada pelanggan-pelanggan melalui kepakarannya dan pengalaman yang hampir 20 tahun ini untuk kelihatan cantik dari luar dan dalam.
|

|
Porfolio
- Jurusolek artis syarikat rakaman Polygram untuk Haiza, Nurul, Erra Fazira.
- Jurusolek artis Datuk Siti Nurhaliza muka hadapan Berita Publishing iaitu Jelita
- Jurusolek artis Datuk Siti Nurhaliza muka hadapan album Aku Cinta Padamu, Sanggar Mastika, Safar, Prasati Seni dan mungkin seterusnya.
- Jurusolek untuk kebanyakan klip video Ziana Zain, Camelia dan lain-lain lagi.
- Pengiklanan dan komersial TV Datuk Siti Nurhaliza untuk iklan Maybeline, Pepsi, TM Net, Samsung, Jaya Jusco, Astro, Minolta, Hotlink dan lain-lain lagi.
- Camelia untuk iklan Epson dan Selberan.
- Ziana Zain untuk iklan Vono dan Slim World.
- Erra Fazira untuk iklan Avon dan London Biscuits.
- Artis antarabangsa seperti The Corrs, Boyzone, All For One, Holly Valence, Taiwanese - Yan Zi, Indonesia - Kris Dayanti, Hetty Koes Endang, Reza dan juga Rossa.
- Majalah tempatan dan antarabangsa iaitu URTV, HAI, Pesona pengantin, Women's weekly, Men's Review, Her World, Marie Claire, FHM, Singapore's Bazaar, Cleo dan lain-lain.
- Jurusolek "Wedding Of The Year 2002" bagi pasangan pengantin Diraja iaitu Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al Haj Lbni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustaiin Billah dan YB Cik Julita Aishah Abdul Latif.
- Jurusolek untuk "Wedding Of The Year 200" iaitu artis Erra Fazira dan Yusri KRU.
- Sentuhan keramat Nurul Shukor untuk anak lelaki dan perempuan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr. Matahir Mohamad.
- Konsert Datuk Siti Nurhaliza Astro Fantasia Tour konsert 2004.
- Datuk Siti Nurhaliza untuk konsert Royal Albert Hall, London.
- "Wedding Of The Year 2007" Tuanku Raja Nazreen dan Raja Puan Besar Tuanku Zara.
- Jurusolek kepada Sultanah Perak Tuanku Bainon.
- Jurusolek kepada Datuk Siti Nurhaliza di Grammy Award 2007 di Los Angelas.
- Perkahwinan Fazlun (top model) 2008.
- Jurusolek kepada DYMM Tuanku Nur Zahirah Raja Permaisuri Agong Malaysia.
- Jurusolek kepada pasangan pengantin Datuk Yusof Annuar dan Datin Noradzlina Redzuan (Pengacara TV3)
|
|
|